Assalamualaikum n Hello semua...
ok ct nk kongsi sikit tips² kecantikan dengan kawan², tips ni ct selalu jugak ikut tp kadang² tu ct x sempat nak ikut hehe biasa la kadang² tu busy sikit :)...wahh banyak plak kadang² ct ni ye... tp klau x nak ikut pun x pe ct just nk share je.... :)
1.Minum banyak air- minum dan minum dan minum!!! klau nk minum air bukan banyak minum air coke,air berperisa n air yg mengandungi gas.Bukan x boleh minum air tu tapi jangan selalu ye. So kawan² kena la banyak minum air suam atau pun air mineral! Dengan minum banyak air bersih ia dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan kita. Senang kan tips ni?
2.Bersenam- ok bersenam ni sangat baik untuk kesihatan kita...baik untuk rohani.Berjalan di sekitar rumah, naik turun tanga bkn naik turun lift ye, berjalan kaki ke tempat keja mahupun ke kuliah tu pun dah dikatakan senamam.Jangan malas nk bersenam...lepas bangkit dari tidur,senaman la sikit bagi rengangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. Mudahkan?
3.Jangan merokok- semua orang tahu yg merokok ni BAHAYA! semua orang tahu kan...tp kenapa masih ada yg merokok?? nak kuruskan badan?? hanya suka²?? kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, so kuruslah!! kalau diberi pilihan SAKIT dan SIHAT pasti kawan² akan pilih nak SIHAT kan?? so tips ni ct rasa kawan² boleh ikut...
4.Tidur yang cukup- jangan asyik berjaga waktu malam...ni bagi yg suka ber'facebook la...ala ct pun kadang² berjaga juga hehe, tak elok tau berjaga sampai lewat malam.Tak cukup tidur boleh membuat kita nampak tua dan mata lebam. So kalau kawan² xnak nampak tua kena lah tidur awal sikit ye...
5.Rehatkan kulit- Pada waktu yang tertentu,benarkanlah kulit kita ni berehat dari memakai sebarang mekap ok.Kulit pun nak bernafas juga macam kita, jangan biarkan sisa² mekap melekat di muka ketika kita tidur...letih macam mana sekali pun kawan² kena lah bersihkan mekap dulu. klau kat rumah tu x payah la mekap sgt ye...kesian kulit kita :)
6.Jaga pemakanan- Makan yang cukup bukan berlebihan.Ni 1 hal, jangan sebab nk kerus kawan² sanggup berlapar setiap hari.Cara yang baik makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan oleh badan kita,tetapi jeling² lah makanan kawan² tu.Pastikan ia menu yang sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7.Manjakan diri- Luangkan masa untuk manjakan diri seperti membuat fesial atau mencuci rambut di salun,sauna dan spa atau menikmati saja mandian buih di rumah! Klau nak manjakan diri x semestinya kena manjakan diri kat spa kan?? so buat je kat rumah lebih jimat kan..klau rajin,cari la bunga² yang wangi dan lakukan sendiri di rumah :) Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan...mudah kan?
8.Elakkan stress- Tahu x stress boleh mempercepatkan penuaan.So kawan² layan la lagu yang santai² kat rumah,office,dalam bilik ataupun dalam kereta bagi meredakan ketegangan.Ataupun kawan² boleh baca Al-quran mahupun berzikir.Sangat la mudah kan...
9.Keyakinan diri- Don't worry,be happy!!! Anggaplah diri kawan² hebat dan cantik,tips ni bukan nak suruh kawan² sombong atau bangga tetapi ni adalah untuk kawan² kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita,tentu penampilan kita akan nampak cantik!!
10.Ketawa penghibur duka- ketawalah jika bergurau senda dengan sahabat serta family kawan².Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam,klau muka masan kawan² akan menambah kedutan di wajah kawan².Tapi kawan² kena ingat jangan ketawa sampai lupa diri ye...:)
Rasa² kawan² boleh ikut x 10 tips yang ct kongsi ni? hehe klau boley ikut,ikut la ct x paksa.ct hanya nk kongsi je apa yg ct taw pasal kecantikkan...orang kata ada ilmu x baik klau kita x kongsi kan...
KECANTIKKAN BERMULA DARI DALAM :)
SiTi Kush
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment